PENGENALAN SYARIKAT
Syarikat ini telah ditubuhkan dengan rasminya pada 08 Mei 2008 dengan memulakan operasi perniagaannya dengan mengedarkan minuman kopi segara ke kedai-kedai minuman di hampir ke seluruh daerah di dalam Negeri Sembilan dan sebahagian daerah di negeri Melaka. Demi memajukan lagi syariakat , pada hujung tahun 2008 , syarikat telah mengorak langkah dalam bidang penternakan pula.
Syarikat memulakan dengan menternak itik penelur dan ayam kampong. Kini, setelah melihat potensi pasaran daging lembu sungguh menggalakan , syarikat telah memulakan langkah untuk terus memajukan dan menambah pendapatan syarikat dengan memulakan projek ternakan lembu pedaging pada pertengahan tahun 2009 dengan membeli sebanyak 21 ekor lembu pedaging di mana 20 ekor daripadanya adalah lembu betina dan seekor lembu jantan dari jenis ‘Brahman’
Objektif utama syarikat kini adalah untuk menjalankan kegiatan penternakan itik penelur , ayam kampong dan lembu pedaging secara komersial dan memasarkan hasil-hasil ternakan.
Kini syarikat telah mengeluarkan sejumlah telur itik dan daging ayam kampong bagi pasaran tempatan dalam keadaan bersih dan terkawal dari sebarang jangkitan penyakit. Manakala di masa akan datang syarikat akan mengeluarkan pula hasil dari ternakan lembu pedaging bagi pasaran tempatan yang juga bersih dan terkawal dari sebarang penyakit.
Pada masa ini syarikat membela kesemua ternakan dari baka terpilih dan diternak di kawasan tanah kepunyaan keluarga sendiri sepenuhnya.
Pada masa hadapan syarikat merancang untuk menambah jumlah ternakan yang sedia ada memandangkan permintaan yang terlalu tinggi.
Penternakan adalah satu perniagaan.............